Jenayah & Mahkamah

Warga emas berputih mata, rugi RM130,000 ditipu ‘Phone Scam’

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga emas berputih mata apabila wang RM130,000 miliknya lesap akibat diperdaya ‘Phone Scam’ dalam satu kejadian Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superitendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, lelaki warga tempatan berumur 61 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis.

Kata beliau, individu tersebut kemudian memperkenalkan diri sebagai kakitangan TNB di Kuantan, Pahang dan memberitahu mangsa terlibat dalam kes curi elektrik.

“Mangsa menafikan perkara tersebut kerana mangsa tidak mempunyai rumah di kawasan Kuantan.

“Kemudiannya panggilan tersebut telah disambungkan kepada individu yang memperkenalkan dir sebagal pegawai polis dari IPK Pahang dan menyatakan bahawa maklumat peribadi manga telah terlibat dalam kes penggubahan wang haram.

“Suspek telah meminta manga untuk menyerahkan maklumat perbankan akaun Alliance Bank milk mangsa bagi tujuan siasatan.

“Pada 26/05/2024, mangsa telah membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati terdapat pindahan wang berjumlah RM130,000 secara berperingkat ke tiga akaun persendirian tapa mangsa sedari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, pihak polis menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan nombor yang tidak dikenali dan membuat semakan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu jika diarahkan untuk melakukan urusan yang meragukan.

Show More

Related Articles

Back to top button