Berita Semasa

Kerajaan pertimbang pindaan Akta 50 berkait parallel pathway

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mempertimbangkan pindaan terhadap undang-undang sedia ada bagi menyelesaikan kemelut isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘Parallel Pathway’.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pandangan dari segi perundangan itu dimaklumkan Pejabat Peguam Negara kepada Jemaah Menteri hari ini.

“Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

“Belum diputuskan tetapi ada perkembangan dan kertas kabinet akan dibawa minggu depan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi satu-satunya universiti yang menawarkan program parallel pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti mereka menerima pelajar antarabangsa sekarang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata, pindaan Akta 50 mengenai proram parallel pathway diharap dapat menyelesaikan masalah kurangan pakar yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.

Show More

Related Articles

Back to top button