Berita Semasa

Ibu, anak maut motosikal rempuh lori

MARANG – Dua beranak maut selepas motor yang ditunggang bersama merempuh sebuah lori di tepi jalan Kilometer 21 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di Kampung Durian Guling, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ts Mohd Razman Setapa berkata, nahas yang membabitkan mangsa berusia 22 tahun dan berusia dua tahun itu berlaku pada sekitar pukul 2.25 pagi.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang berasal dari Felda Bukit Bading itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal bersama anaknya dari arah Kampung Gondang, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Bading, Ajil.

“Manakala sebuah lori ketika itu sedang pakir di bahu kiri jalan dan sebaik tiba di tempat kejadian mangsa disyaki merempuh belakang lori di sebelah kanan,” katanya memetik laporan BH.

Dalam pada itu, beliau berkata jenazah kedua-dua mangsa itu di hantar ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, beliau menyarankan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Inspektor Nik Nur Farhanim Nik Mohamed Fauzi di talian 010 2840273 atau 096182222.

Show More

Related Articles

Back to top button