Berita Semasa

Tiga inisiatif perkukuh perpaduan peringkat negeri tahun ini -Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR – Kementerian Perpaduan Negara mengumumkan tiga inisiatif khusus bagi usaha pengukuhan dan pelaksanaan program perpaduan peringkat negeri akan dilaksanakan tahun ini.

Perkara itu dicapai melalui Mesyuarat YB Menteri Perpaduan Negara Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) yang pertama baru-baru ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, inisiatif itu adalah pemerkasaan Rukun Tetangga (RT) sebagai Penggerak Komuniti Progresif, Jelajah Belia Rukun Negara dan Inisiatif Harmoni MADANI.

Beliau berkata, antara inisiatif Kementerian bagi mencapai matlamat itu adalah dengan memperkasakan peranan RT sebagai penggerak komuniti progresif.

“Sekurang-kurangnya 116 buah RT dari seluruh negara telah dikenal pasti sebagai Model RT Progresif yang bertujuan membantu menoktahkan kemiskinan.

“Pelaksanaan secara berfasa di peringkat komuniti melibatkan 19 RT di Sabah, 12 RT di Kelantan, 12 RT di Perak dan selebihnya di negeri lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu Aaron memaklumkan, kementeriannya juga akan menyemarakkan program Eksplorasi Rukun Negara melalui Jelajah Belia Rukun Negara yang memberi pengukuhan amalan ideologi Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Jelajah Belia Rukun Negara ini akan dilaksanakan sebanyak enam (6) zon seperti di atas:

Sementara itu, inisiatif Harmoni MADANI pula bertujuan menyebar luaskan prinsip asas integrasi nasional iaitu “Faham”, “Hormat” dan “Terima” khususnya terhadap perkara melibatkan isu-isu berkaitan hubungan antara penganut pelbagai agama.

“Usaha-usaha yang dibincangkan ini bermatlamat ke arah pencapaian pembudayaan masyarakat MADANI yang menjadi aspirasi Kerajaan.

“Kementerian juga memohon jasa baik agar semua negeri mengadakan program signature perpaduan sendiri yang akan disokong penuh oleh Kementerian Perpaduan Negara,” katanya.

Dalam pada itu beliau merakamkan ucapan tahniah di atas pelaksanaan program signature perpaduan di peringkat negeri seperti Pesta Angin Timur di Perlis, Pertandingan Pidato Rukun Negara di Melaka, Program Gagasan Rumpun Selangor di Selangor, Pertandingan Dikir Barat Perpaduan di Kelantan, Unity Camp Fire di Pahang dan Program Silang Budaya di Johor.

 

Show More

Related Articles

Back to top button