Berita Semasa

SPM 2023: Seramai 2,005 calon SPM di Selangor peroleh semua A

SHAH ALAM – Seramai 2,005 atau 3.15 peratus dari calon sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperoleh keputusan semua A.

Seramai 72,923 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM 2023 pada 5 Disember tahun lalu hingga 7 Mac 2024, melibatkan 491 pusat peperiksaan di Selangor.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Selangor, Dr. Jafri Abu ketika mengumumkan keputusan itu, berkata, pencapaian calon SPM Selangor tahun ini meningkat berbanding tahun lepas berdasarkan indeks nilai gred purata negeri (GPN)

“Nilai GPN 4.67 mata pada tahun 2023 berbanding 4.80 mata pada tahun 2022, iaitu perbezaan sebanyak 0.13 mata.

“Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada tahun 2023 berbanding 4.80 mata pada tahun lalu manakala calon luar bandar pula meningkat sebanyak 0.23 mata iaitu 4.20 mata berbanding 4.43 mata,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2023 Selangor, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 8,362 calon atau 13.12 peratus mendapat keputusan sekurang-kurangnya kepujian di bawah kategori sekolah KPM.

Dalam kategori sama, calon yang mendapat keputusan lulus membabitkan seramai 21,071 atau 33.06 peratus, manakala 20,957 calon atau 32.89 peratus pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran.

Jelas beliau, jumlah keseluruhan calon layak dapat sijil pada tahun ini meningkat kepada 91.14 peratus berbanding 89.25 peratus pada 2022.

“Secara keseluruhannya, berdasarkan gred purata mata pelajaran (GPMP) SPM Tahun 2023, sebanyak 42 daripada 56 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi.

“Manakala 14 mata pelajaran pula menunjukkan penurunan prestasi GPMP berbanding peperiksaan SPM Tahun 2022,” ujarnya.

Tambah Dr. Jafri, prestasi 7 mata pelajaran teras meningkat dari segi prestasi di mana mata pelajaran Sains menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.21(4.95) mata GPMP berbanding tahun lepas.

Show More

Related Articles

Back to top button