Luar Negara

Lebih 2,000 masih tertimbus

PORT MORESBY – Lebih daripada 2,000 orang dilaporkan tertimbus dalam insiden tanah runtuh yang menenggelamkan sebuah kampung di pedalaman Papua New Guinea.

Angka tersebut dimaklumkan oleh pusat bencana kebangsaan negara itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Bencana tanah runtuh yang menenggelamkan Kampung Yambali di wilayah Enga itu menyebabkan lebih 2,000 orang tertimbus hidup-hidup dan menyebabkan kemusnahan besar,” kata pusat tersebut pejabat PBB di Port Moresby, lapor AFP.

Terdahulu, pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa terselamat.

Perkampungan terpencil di wilayah Enga itu musnah sepenuhnya apabila lereng Gunung Mungalo runtuh Jumaat lepas, menimbus banyak rumah dan penduduk yang sedang tidur.

“Sudah tiga hari dan tujuh jam sejak bencana melanda. Jadi secara dasarnya, kami mengejar masa tetapi sejauh mana kita dapat memindahkan penduduk ke tempat selamat adalah isu lain,” kata pegawai agensi migrasi PBB, Serhan Aktoprak.

Menurutnya, pasukan penyelamat turut bekerja dalam situasi berbahaya.

“Batu-batu terus jatuh dan keadaan tanah (masih) bergerak. Keadaan menjadi lebih buruk kerana air bawah tanah mengalir di bawah runtuhan,” kata Aktoprak.

Kata pegawai berkenaan, kira-kira 250 rumah yang terletak berhampiran lokasi kejadian telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Show More

Related Articles

Back to top button