Berita Semasa

Empat sekeluarga termasuk bayi nyaris dihempap pokok

PUCHONG – Empat sekeluarga terselamat tanpa kecederaan apabila kenderaan dinaiki mereka ditimpa sebatang pokok ketika hujan lebat di Taman Kinrara di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mereka berada di dalam kereta di lot parkir sebuah bangunan komersial.

Dalam video berdurasi 1 minit 45 saat yang tular itu, seorang remaja lelaki yang mendukung seorang bayi dilihat keluar dari salah sebuah kereta sejurus selepas dihempap pokok tumbang.

Tidak lama selepas itu, dua lagi wanita dipercayai ibu dan adik perempuan remaja berkenaan dilihat keluar dari celah-celah dahan pokok tersebut.

Kesemua mereka tidak mengalami kecederaan yang serius bagaimanapun tujuh kenderaan yang berada di lokasi kejadian dilaporkan rosak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 4.24 petang.

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dengan kekuatan sembilan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebatang pokok tumbang menghempap tujuh kenderaan yang di parkir di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba ,membantu dalam operasi memotong dan mengalihkan pokok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button