Berita Semasa

Program Peragaan Busana Tradisional serikan Sambutan Minggu Perpaduan 2024

JOHOR BAHRU – Bagi menaikkan semangat perpaduan semua kaum di negara ini, Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan membawakan program Peragaan Busana Tradisional Warisan Pelbagai Kaum pada hari terkakhir penganjurannya di perkarangan Angsana Mall di sini, hari ini.

Menurut artis budaya Kumpulan Keseniaan Negeri Johor, Zainudin Salleh program itu mencapai objektif utamanya iaitu memberi pengetahuan kepada pengunjung mengenai busana tradisional pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia.

“Kita tampilkan busana tradisional ini untuk beri pengetahuan kepada orang ramai agar mereka lagi faham mengenai apa itu busana-busana tradisional yang ada di Malaysia kerana ramai orang yang tidak boleh membezakannya,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Beliau berkata demikian pada hari terakhir Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Angsana Mall, Johor Bahru hari ini.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang hadir pada program Peragaan Busana Tradisional Warisan Pelbagai Kaum sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 di Angsana Mall, Johor Bahru hari ini.

Hadir sama, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri bin Mat Daud, dan Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Rosnan Nordin.

Sambutan Minggu Perpaduan anjuran KPN adalah inisiatif di bawah agenda perpaduan nasional yang merangkumi tiga kluster utama iaitu Semarak Perpaduan, Semarak Kenegaraan dan Komuniti Rahmah.

Ia bermatlamat menyemarakkan semangat perpaduan selain menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

Busana tradisional yang diperagakan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 di Angsana Mall, Johor Bahru hari ini. – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune
Busana tradisional yang diperagakan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 di Angsana Mall, Johor Bahru hari ini. – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune
Busana tradisional yang diperagakan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 di Angsana Mall, Johor Bahru hari ini. – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune
Busana tradisional yang diperagakan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 di Angsana Mall, Johor Bahru hari ini. – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune

Terdahulu, program Peragaan Busana Tradisional Warisan Pelbagai Kaum turut dimeriahkan dengan Persembahan Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri Johor.

Mengulas lanjut, Zainudin Salleh berkata, sambutan yang diterima pada hari terakhir Sambutan Minggu Perpaduan 2024 khususnya bagi program busana tradisional ini amat menggalakkan menerusi info yang diperoleh pengunjung.

Sementara itu, Zainudin Salleh turut
menzahirkan penghargaan kepada pihak Kementerian Perpaduan Negara (KPN) susulan penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan 2024 yang diadakan di negeri Johor.

“Saya hargai dan berterima kasih kepada KPN atas inisiatif yang diambil bagi mengadakan program seperti ini dan saya harap KPN akan adakan lagi dengan lebih banyak lagi agar orang ramai akan lebih celik mengenai busana tradisional ini,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button