Berita Semasa

PM Anwar dijangka rasmi Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 malam ini

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan merasmikan Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan malam ini bertempat di perkarangan Pusat Beli Belah Angsana Mall, di sini.

Memasuki hari ketiga penganjurannya, antara aktiviti yang menjadi tumpuan pada hari ini antaranya ialah Majlis Irama Unity Sama-Sama Kita yang bakal menampilkan barisan artis terkenal tanah air.

Ia termasuklah persembahan nyanyian daripada penyanyi, Ella, Aina Abdul, Adira, Dayang Nurfaizah, Santesh, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Semalam, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang memaklumkan sambutan yang diterima bagi penganjuran kali ini amat menggalakkan dengan sasaran sebanyak 200,000 pengunjung mampu dicapai.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan topi keledar baharu yang diagihkan secara percuma di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 di Johor Bahru hari ini.

Sementara itu, Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 hari ini turut menampilkan program Larian Unity, persembahan tarian pelbagai etnik, pertandingan teh tarik, pameran makanan tradisional dan pelbagai lagi aktiviti menarik menanti pengunjung.

Selain itu, orang ramai juga dipelawa untuk mendapatkan topi keledar baharu yang diagihkan secara percuma di reruai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di samping diskaun saman 50 peratus turut disediakan.

Dalam pada itu, KPN turut ingin mengajak orang ramai khasnya kepada rakyat di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan.

“Sambutan ini adalah peluang yang sangat berharga untuk kita bersama-sama memperkasa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia seterusnya mengukuhkan tapak integrasi nasional berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara,” ujar Menteri Perpaduan.

Show More

Related Articles

Back to top button