Berita SemasaSukan

Lee Zii Jia ketuai cabaran 5 pemain negara ke separuh akhir Malaysia Masters

KUALA LUMPUR – Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan separuh akhir dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia namun, terpaksa membayarnya dengan kekejangan otot selepas tamat perlawanan di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Perseorangan utama negara berhempas pulas untuk memastikan kemenangan ke atas Anders Antonsen dengan perlawanan sengit yang mengheret masa perlawanan sehingga 1 jam 23 minit.

Beliau cepat bergegas untuk mendapatkan rawatan dengan sedikit terhincut untuk bertemu dengan Ng Ka Long Angus pada perlawanan separuh akhir esok.

Juara Terbuka Thailand minggu lalu itu mengawal perlawanan dengan baik untuk menang pada set pertama 21-15.

Set kedua menyaksikan pungutan lima mata berturut-turut untuk Zii Jia mendahului 8-6, namun lawannya di kedudukan ranking keempat dunia itu memberi cabaran sengit untuk mengikat 14-14.

Antonsen akhirnya berjaya mencipta kemenangan di set kedua dengan skor 21-19 untuk ke perlawanan penentuan.

Sokongan rakyat Malaysia yang bergema di tempat sendiri membantu Zii Jia mendapatkan kelebihan lebih tinggi untuk mendapatkan kemenangan di set ketiga dengan skor 21-11.

Dalam pada itu beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, cemerlang menempah slot ke perlawanan suku akhir selepas menewaskan wakil Indonesia dengan keputusan 2-1.

Set pertama menyaksikan Soon Huat-Shevon Lai terwas dengan lawan yang berada di kedudukan nombor 21 dunia dengan skor 21-12.

Perlawanan terhenti seketika ketika mendahului mereka pasangan Indonesia 11-8 susulan kecederaan dalam set kedua.

Beregu campuran negara itu berjaya bangkit untuk menang 21-17 dan mendapatkan peluang untuk ke perlawanan penentuan.

Dalam set penentuan, pasangan negara terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan pasangan Indonesia dengan kemenangan 21-17 untuk bertemu rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dalam perlawanan separuh akhir esok.

Sehubungan itu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga berjaya menewaskan lawan senegara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dengan keputusan 21-19, 21-14 untuk ke pusingan separuh akhir Masters Malaysia.

Momentum cemerlang oleh Tang Jie-Ee Wei dalam set kedua menyaksikan mereka meninggalkan senior mereka itu dengan jurang lima mata pada awal permainan.

Beregu campuran berpengalaman negara, Kian Meng-Pei Jing cuba untuk bangkit, namun lawannya Tang Jie-Ee Wei menyekat kemaraan pemain senior tersebut.

Sementara itu, beregu muda negara, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menampilkan persembahan mengagumkan menundukkan pasangan Denmark, Rasmus Kjaer–Frederik Sogaard.

Beregu yang menduduki ranking ke-47 dunia itu tidak mengalah dengan saingan sengit Denmark apabila menoktahkan kemenangan dengan skor  21-18, 14-21, 21-18.

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah juga berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir kejohanan Masters Malaysia setelah berehat lama dari sebarang kejohonan.

Perlawanan yang berlangsung selama 31 minit itu menyaksikan Pearly Tan-M. Thinaah menundukkan cabaran dari wakil Australia dengan keputusan 21-16, 21-8.

Show More

Related Articles

Back to top button