Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Ahli keluarga penyerang Balai Ulu Tiram ditahan SOSMA

KUALA LUMPUR – Semua lima ahli keluarga lelaki yang melakukan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, minggu lalu akan ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Semua mereka terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak dan adik kepada penyerang berusia 21 tahun akan ditahan di bawah SOSMA selama 28 hari bermula hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan awal mendedahkan bahawa keluarga penyerang ini membawa fahaman radikal.

“Apabila kita (polis) memanggil seramai 47 saksi-saksi termasuk penduduk di kawasan kejiranan mereka, pihak kami mendapati keluarga suspek memang tidak mencampuri penduduk di kawasan kediaman mereka.

“Mereka (keluarga) lebih memilih untuk hidup bersendirian dan tidak bercampur dengan masyarakat sekitar mereka.

“Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa suspek memang bergerak sendirian namun berdasarkan rekod dalam pengkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati bapanya adalah seorang pengikut kumpulan Jemaah Islamiah (JI),” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button