Jenayah & Mahkamah

Rumah pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk

SHAH ALAM – Rumah pemain pertahanan Selangor, Ahmad Khuzaimi Piee dipecah masuk semalam ketika keluar ke sesi latihan di Pusat Latihan Selangor, malam tadi.

Menerusi satu laporan polis yang dibuat naik dalam laman media sosialnya, antara barangan yang turut hilang adalah sebuah motosikal, empat beg pelbagai jenama dan pasport.

Menurut laporan itu, dia membuat laporan kepada pihak polis pada jam 11:30 malam selepas pulang daripada sesi latihannya.

Melalui laporannya:

“Pada 22/05/2022 jam lebih kurang 2 petang saya meninggalkan rumah untuk pergi ke tempat latihan bola sepak Selangor, pada jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah saya dapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka.

“Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dapati ada barang-barang yang telah hilang seperti sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan pasport.”

Kejadian yang menimpa pemain pertahanan kebangsaan itu merupakan insiden yang keempat menimpa pemain bola sepak lain.

Sebelum ini, pemain Terengganu, Akhyar Rashid dipukul dan disamun diikuti pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid.

Beberapa hari kemudian, kenderaan yang dipandu pemain JDT, Safiq Rahim pula dipecahkan oleh penyerang yang tidak dikenali menggunakan tukul.

 

Show More

Related Articles

Back to top button