Sukan

3 pemain Penang FC dapat perhatian Kim Pan-gon

KUALA LUMPUR – Tiga pemain Penang FC mendapat perhatian daripada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk dipanggil mewakili skuad kebangsaan.

Perkembangan itu dikongsi oleh Ketua Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Rakhli dalam laman X miliknya.

“Alhamdulillah, 3 pemain Penang FC akan sertai Harimau Malaya,” katanya.

Akmal Rizal bagaimanapun tidak mendedahkan tiga nama yang dimaksudkan itu.

Namun berdasarkan situasi dan prestasi semasa, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mungkin akan mengekalkan khidmat dua pemain iaitu Sikh Izhan dan juga Syamer Kutty.

Kim Pan-gon bersama pembantunya Elavarasan ketika menyaksikan perlawanan antara Penang FC dan Terengganu FC Ahad lalu di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Seorang lagi pemain yang dijangka dipanggil ialah Adib Ra’op yang beraksi cemerlang sejak aksi pra-musim tahun ini.

Selain itu turut disebut-sebut peminat Penang FC ialah Fairuz Zakaria yang dipilih sebagai pemain terbaik ketika pasukan itu menentang Terengganu FC Ahad lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button