Sukan

Liverpool kini di bawah bimbingan Erne Slot

LIVERPOOL – Kelab bola sepak Liverpool yang mengakhiri Liga Perdana Inggeris pada kedudukan ke-3 kini mendapat tonggak baru.

Erne Slot diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu kelab tersebut bermula 1 Jun ini susulan pengunduran Jurgen Kloop dari pasukan itu.

Erne Slot yang berusia 45 tahun sebelum ini membuktikan rekod cemerlang bersama pasukan Fayenoord pada sesi 2024-25 di Liga Eridivisie Belanda.

Sementara itu, Klopp berkata, dia mahukan penyokong Liverpool menerima kehadiran Arne seperti mereka menerima beliau sewaktu dia sampai ke Anfield dahulu.

“Perubahan adalah bagus. Ia di luar jangkaan, tetapi jika melakukannya dengan sikap yang betul, semua akan baik-baik belaka.

“Apa yang saya mahu anda nyanyikan: ‘Arne Slot! Na, na, na, na, na!,” katanya pada perlawanan terakhirnya bersama Liverpool semalam.

Bagi Klopp, hari terakhirnya terasa seperti hari pertama di Anfield kerana pasukan bermain dengan penuh kesungguhan dan keazaman.

“Ia tidak terasa seperti penamat. Rasa seperti baru bermula, kerana saya lihat hari ini sebuah pasukan bola sepak yang berbakat, muda, kreatif, penuh keazaman dan kesungguhan.

“Kelab ini berada dalam keadaan lebih baik selepas sekian lama. Kita mempunyai stadium hebat ini, pusat latihan dan anda kuasa hebat bola sepak dunia,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button