Luar Negara

Mohammad Mokhber dilantik pemangku jawatan Presiden Iran – PressTV

TEHRAN – Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Mokhber hari ini dilantik pemangku jawatan Presiden selepas kematian Allahyarham Ebrahim Raisi dalam satu nahas helikopter, lapor saluran televisyen Iran, PressTV.

Untuk rekod, perlembagaan Iran menyebut bahawa naib presiden pertama berhak mengambil alih jawatan itu sekiranya Presiden meninggal dunia, meletak jawatan, dipecat, tidak hadir atau jatuh sakit untuk tempoh lebih dua bulan.

Perlembagaan turut menyebut, pengganti tersebut akan memegang jawatan tersebut sehingga pilihan raya baharu diadakan dalam masa 50 hari,

Mokhber,68, yang memegang ijazah kedoktoran dalam undang-undang antarabangsa, dilantik menjadi naib presiden ketika Allahyarham Ebrahim mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada Ogos 2021.

Selain Ebrahim, turut terbunuh dalam nahas berkenaan adalah Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian; pegawai keselamatan presiden, Mehdi Mousavi; Wakil Imam Besar Iran ke wilayah Azerbaijan Timur, Mohammad Ali al-Hashem; dan Gabernor Azerbaijan Timur, Malik Rahmati.

Show More

Related Articles

Back to top button