Berita Semasa

[VIDEO] Ugutan ke atas Teresa Kok sesuatu yang memalukan – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Tindakan individu yang menghantar surat ugutan berisi peluru hidup kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok semalam, merupakan sesuatu yang memalukan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kejadian sebegitu tidak seharusnya berlaku pada mana-mana Ahli Parlimen yang dipilih rakyat.

@malaysiatribune

Tindakan individu yang menghantar surat ugutan berisi peluru hidup kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok semalam, merupakan sesuatu yang memalukan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau mengecam tindakan sedemikian dan menganggap kejadian sebegitu tidak seharusnya berlaku pada mana-mana Ahli Parlimen yang dipilih rakyat. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Saya difahamkan beliau sudah membuat laporan polis dan kita serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Saya kesal kerana perkara seperti itu tidak harus dilakukan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam satu sidang akhbar ketika selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 di Stesen Sentral, di sini hari ini.

Tambah Fahmi, semua Ahli Parlimen mempunyai hak untuk bersuara dan hak tersebut terpakai kepada semua tidak kira dari blok kerajaan ataupun pembangkang.

“Jangan diugut Ahli-ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat jadi saya kecam tindakan seperti itu,” katanya lagi.

Terdahulu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh mendakwa beliau menerima ugutan bunuh dalam surat yang dihantar ke rumahnya bersama dua butir peluru hidup.

Dia memberitahu, surat ugutan beserta peluru tersebut ditemukan dalam sampul yang diletakkan dalam peti surat rumahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button