
Suspek serang balai polis bertindak sendirian, bukan bersama kumpulan terancang
JOHOR BAHRU – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini memberitahu suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian yang didorong oleh motivasi serta kefahamannya sendiri.
Katanya, kesimpulan awal itu dibuat selepas siasatan awal polis dengan menyoal siasat 46 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek serangan tersebut.
“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sendirian didorong oleh motivasi kefahamannya sendiri.
“Malah, dia dan keluarganya juga tidak bercampur dengan masyarakat.
Katanya, suspek berkenaan membuat serangan itu bukan hasil daripada misi besar atau kumpulan terancang yang banyak diperkatakan oleh orang awam.
“Insiden semalam bukan mengancam keselamatan awam begitu sekali seperti persepsi ramai dan laporan segelintir media,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor hari ini.
Terdahulu, pada 17 Mei dilaporkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis serta suspek tersebut dikaitkan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau mengarahkan segera mengenal pasti semua anggota Jemaah Islamiyah (JI) di Johor selepas suspek tersebut dikaitkan dengan kumpulan itu menyerang Balai Polis Ulu Tiram.
Susulan itu, polis menyerbu rumah suspek dan menangkap lima ahli keluarganya yang berusia antara 19 hingga 62 tahun, dipercayai ahli JI.
Katanya, bapa suspek juga didapati merupakan anggota JI di Ulu Tiram,
Tambahnya, kediaman mereka mengandungi beberapa maklumat berkaitan kumpulan tersebut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |