Berita Semasa

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara dilaksana semula

KUALA LUMPUR – Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Divisyen) menerusi Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Briged) telah melaksanakan Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara bertempat di hadapan pintu 1 Istana Negara pagi tadi.

Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, istiadat itu melibatkan pasukan di bawah naungan Formasi 12 Briged iaitu Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang berpangkalan di Kem Perdana Sungai Besi.

“Formasi berkekuatan 4 pegawai dan 80 anggota Lain- Lain Pangkat (LLP) dengan Pasukan 21 SIB yang berpangkalan di Kem Sungai Buloh berkekuatan 2 pegawai dan 22 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP),” katanya.

Istiadat yang kali terakhir diadakan pada 22 Jun 2019 akibat Covid-19 itu dimulakan dengan perbarisan keluar dari Istana Negara oleh detasmen Pasukan 1 RAMD bersama Panji-Panji Batalion serta diiringi oleh Pancaragam Pusat RAMD dan disusuli dengan upacara penyerahan Panji-Panji sebagai simbolik kepada pertukaran pasukan sebagai pengawal istana yang baharu.

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara bertempat di Hadapan Pintu 1 Istana Negara pagi tadi.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara bertempat di Hadapan Pintu 1 Istana Negara pagi tadi.

Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara itu turut disaksikan oleh Pemangku Panglima 12 Briged, Kol Awis bin Ibrahim.

Simbolik istiadat ini adalah pertukaran Pengawal Baru dan Pengawal lama di Istana Negara.

Jelasnya, idea tersebut diperolehi selepas Malaysia diberi penghormatan oleh kerajaan British bagi menggantikan pengawal mereka selama tiga bulan untuk mengawal empat kawasan di United Kingdom iaitu Istana Buckingham, Istana St James, Istana Windsor dan Menara London pada tahun 2008.

Untuk rekod, Istiadat Pertrukaran Pengawal Istana ini pertama kali diadakan pada tahun 1959 di antara Pasukan Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) dengan Pasukan Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD).

Ia mula dipertontonkan kepada orang awam pada tahun 1994 selepas mendapat perkenan daripada Yang di- Pertuan Agong ke-10, Tuanku Ja’afar ibni Tuanku Abdul Rahman.

Istiadat ini juga mula diadakan di Istana Negara, Jalan Duta pada tahun 2012 dan pertama kali melibatkan Pasukan 21 Skuadron Istiadat Berkuda Kor Armor Diraja (21 SIB) pada tahun 2015.

Show More

Related Articles

Back to top button