PM X

Malaysia, Kazakhstan sepakat terokai peluang kerjasama baharu – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Kazakhstan sepakat akan terus memperkukuh hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992 serta meneroka peluang kerjasama baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan bersama Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev sempena lawatan rasmi dua hari beliau di negara itu.

“Saya dan delegasi Malaysia menghadiri majlis sambutan rasmi oleh Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Akorda).

“Usai sambutan rasmi, saya dan Presiden Tokayev mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia dan Kazakhstan serta turut menyentuh isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Akorda di Astana, Kazakhstan. – Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau dan Presiden Tokayev kemudian mengetuai delegasi negara masing-masing dalam mesyuarat dua hala bagi membincangkan dengan lebih meluas kerjasama kedua-dua negara.

Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, kerjasama tersebut merangkumi pelbagai sektor seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan tinggi, pelancongan, dan industri halal.

“Saya dan delegasi Malaysia juga turut diraikan dalam majlis makan malam selain dibawa melawat kawasan sekitar Istana oleh Presiden Tokayev,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button