Berita SemasaPM X

Insiden di Balai Ulu Tiram, PM arah siasat dalang

ASTANA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dalang insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram segera dihadapkan ke muka pengadilan.

Anwar menggesa pihak polis supaya melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sebarang kemungkinan keganasan daripada kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

Dalam hantaran di laman X hari ini, Anwar yang kini dalam lawatan kerja di Asia Tengah turut menzahirkan rasa sedih di atas tragedi yang mengorbankan dua anggota polis.

“Insiden ini ternyata memilukan dan menggemparkan negara. Saya utus takziah buat keluarga dua anggota polis konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang terbunuh dalam satu serangan ganas awal pagi tadi.

“Saya juga mendoakan semoga koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin,” katanya.

Dalam kejadian pukul 2.45 pagi tadi, dua anggota polis yang bertugas di Balai Ulu Tirum maut selepas diserang oleh seorang lelaki yang kemudian maut ditembak polis.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas JI.

Setakat ini, tujuh suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Show More

Related Articles

Back to top button