[VIDEO] Harimau jantan mati dilanggar
BENTONG – Seekor harimau belang dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Kilometer 50.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lentang, Bentong, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin ketika mengesahkan perkara itu berkata, harimau jantan dianggarkan seberat 130 kilogram (kg) itu dianggarkan berusia berusia antara empat tahun.
Seekor harimau belang jantan dengan berat dianggarkan 130 kilogram (kg) ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di KM50.8 arah Kuala Lumpur Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lentang, Bentong, hari ini.
Video:media sosial#malaysiatribune #harimau pic.twitter.com/InaAd4bUQ8
— Malaysia Tribune (@Msia_Tribune) May 16, 2024
Tambahnya, siasatan awal pihaknya menjangkakan harimau belang itu dari kawasan Hutan Bukit Tinggi, Bentong.
“Kami dimaklum mengenai insiden yang berlaku di LPT arah Kuala Lumpur pada pukul 1.23 pagi tadi,” katanya lagi.
Video pelanggaran tersebut turut menjadi tular di media sosial menunjukkan harimau belang terbaring di atas jalan selepas dilanggar, manakala bahagian hadapan kenderaan rosak teruk.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune