Berita SemasaSukan

Manchester United masih ada harapan ke saingan Eropah

MANCHESTER – Manchester United mengidupkan semula harapan mereka untuk bermain di saingan Eropah selepas berjaya menundukkan Newcastle United 3-2 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Kobbie Mainoo memecah kebuntuan dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-31 untuk memberikan kelebihan awal kepada The Red Devils.

Namun, Newcastle United tidak menunggu lama apabila Anthony Gordon menyamakan kedudukan di awal separuh masa kedua pada minit ke-49.

Ketika perlawanan semakin rancak, Amad Diallo mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol pertamanya dalam EPL untuk meletakkan Manchester United kembali di hadapan dengan kedudukan 2-1.

Tidak mahu ketinggalan, Newcastle United terus berusaha mencari gol penyamaan dan hampir berjaya beberapa kali.

Namun, pada minit ke-84, pemain gantian Rasmus Hojlund menjaringkan gol ketiga Manchester United yang merupakan jaringan kemenangan mereka.

Pada minit ke-92, Lewis hall menjaringkan gol cantik dari luar kotak untuk Newscastle United namun, gol itu sudah terlewat untuk memadamkan kekalahan mereka dengan keputusan akhir 3-2.

Kemenangan itu menghidupkan semula sinar yang diperlukan mereka bagi memastikan peluang untuk ke saingan Eropah musim depan yang ketika ini berkongsi mata dengan Newscastle United di kedudukan ke lapan EPL.

Show More

Related Articles

Back to top button