Berita Semasa

Tiada perbincangan benar UiTM kepada bukan Bumi – KPT

KUALA LUMPUR – Isu mengenai kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana peringkat oleh kerajaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan bahawa perkara itu tidak pernah dibawa dalam perbincangan di peringkat Kabinet atau kementeriannya.

“Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini.

“Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekaligus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

Beliau berkata, kementeriannya berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 yang mana UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan dan pendapat individu yang mencadangkan kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke universiti tersebut baru-baru mencetuskan bantahan dalam kalangan masyarakat, badan bukan kerajaan dan persatuan pelajar.

Isu ini timbul apabila pelajar yang terlibat dalam Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) ditolak permohonan mereka dalam Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR) oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) berikutan sijil itu tidak diiktiraf.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini turut meminta UiTM membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti mereka menerima pelajar antarabangsa sekarang.

Sementara itu, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) baru-baru ini menyatakan pendirian supaya UiTM dikekalkan kepada status qou selaras dengan matlamatnya iaitu untuk menyediakan peluang pendidikan kepada kaum Bumiputera.

Dalam pada itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM hari ini dilapor menyeru mahasiswa mengenakan pakaian serba hitam sebagai protes kepada cadangan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button