Jenayah & Mahkamah

Seorang parah dalam pergaduhan anggota tentera

TEMERLOH – Pertengkaran dua anggota tentera bersenjatakan parang dan kayu di Kem Tentera Batu 4, Mentakab dekat sini, berakhir tragedi apabila kedua-dua mereka cedera sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Dalam kejadian pukul 9 malam pada 9 Mei lalu, pergaduhan tercetus apabila seorang anggota yang sedang bersolat menegur tindakan seorang lagi anggota yang membuat bising menggunakan motosikal.

“Teguran itu mencetuskan pergaduhan apabila suspek pertama menyerang seorang lagi menggunakan kayu manakala seorang lagi kemudian bertindak menyerang menggunakan parang,” katanya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, akibat pergaduhan itu kedua-dua yang terlibat mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk menerima rawatan.

Kedua-dua anggota berpangkat sarjan itu telah diambil keterangan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Show More

Related Articles

Back to top button