Jenayah & Mahkamah

Atlet kayak Sukan SEA cedera parah dilanggar, diseret pemandu mabuk

JOHOR BAHRU – Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias cedera parah selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini pada Sabtu lalu.

Menurut Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam satu kenyataan, Nurul Masyitah, 22, yang mengambil jurusan Kejuteraan Mekanikal kini dirawat di Hospital Colombia di sini kerana mengalami kecederaan yang serius.

“Menurut saksi berserta rakaman ‘dashcam’, kereta terbabit dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter,” katanya.

Siti Nurul Masyitah Elias (kanan) ketika menang pingat gangsa Sukan SEA lalu.

Menurut kenyataan itu, mangsa sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.

Katanya, ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.

“Mohon doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” menurut persatuan itu hari ini.

Terdahulu tular video mangsa dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta.

Berdasarkan hantaran yang tular dalam media sosial, terdapat juga foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat ‘peace’.

Siti Nurul Masyitah merupakan Atlet Kayak Dragon Boat Malaysia Bronze Medal SEA Games 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button