Jenayah & Mahkamah

Tiada dokumen pertukaran nakhoda, Maritim Miri tahan bot tunda, tongkang 

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda bersama sebuah tongkang di perairan Kuala Baram selepas gagal mengemukakan surat pertukaran nakhoda semasa diperiksa, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot tunda terbabit ditahan Maritim Malaysia ketika sedang melaksanakan Op Permai 01/2019 dan OP Tiris 3.0 di perairan Miri.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot tunda itu dikendalikan oleh lapan kru yang terdiri daripada tiga warga tempatan, tiga warga India dan dua warga Myanmar.

“Kesemua kru dan bot tunda berserta tongkang diiring ke Kawasan Bersauh Miri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952/60.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau MERS 999 untuk mendapatkan bantuan segera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button