Berita Semasa

Faisal Halim dipindahkan ke wad biasa, teringin makan nasi kandar

SHAH ALAM – Penyerang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera serius akibat disimbah asid kini dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, Faisal telah keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani tiga pembedahan, menurut laporan Astro Arena.

Malah katanya, pemain Harimau Malaya itu juga mula mempunyai selera makan.

“Saya menerima voice note (pesanan suara) daripada Faisal. Setiap hari, saya dapat mendengar suaranya bertambah baik.

“Mengenai selera makan, dia juga memberitahu sudah teringin untuk makan nasi kandar. Jadi saya melihat ia sebagai satu perkara yang positif,” menurut laporan itu.

Penyerang skuad kebangsaan, mendapat perkhabaran positif apabila telah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan di hospital ketika ini.

Faisal cedera disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada hujung minggu lalu.

Doktor yang merawatnya berkata, pemain bola sepak kebangsaan itu melecur tahap empat dan terpaksa menjalani pembedahan segera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button