Berita Semasa

Anugerah Toilet Of The Year 2024 tawar hadiah RM140,000

PUTRAJAYA – Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan hadiah berjumlah RM140,000 bagi ‘Anugerah Toilet Of The Year’ tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming dalam aplikasi X hari ini berkata, pertandingan tandas bersih dan cantik itu dibahagikan kepada 7 kategori dan terbuka kepada penyertaan daripada pemilik tandas awam swasta.

“Anugerah ‘Toilet of the year 2024’ sedang menanti anda dengan hadiah untuk 7 kategori bernilai RM140,000.00.

“Sekolah, PBT, restoran, hotel, stesen minyak, R&R dan gedung pasar raya, semua layak utk bertanding,”katanya.

Anugerah Toilet Of The Year anjuran KPKT bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas serta memberikan pengiktirafan kepada tandas-tandas awam.

Show More

Related Articles

Back to top button