Berita SemasaPM X

PM tiba di Qatar

DOHA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Qatar untuk lawatan rasmi dua hari atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani .

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Negara untuk Hal Ehwal Luar Qatar, Sultan bin Saad Al Muraikhi.

Anwar menyatakan beliau akan turut menyertai Forum Ekonomi Qatar disamping melancarkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha.

“Saya juga dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha, menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan pada sebelah malamnya pula mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar,” katanya menerusi hantaran di laman X pagi ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berharap agar lawatan kerja itu membuahkan hasil yang lumayan untuk negara dan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button