Berita Semasa

Bekas wartawan Melodi meninggal dunia sewaktu tunggu jenazah ibu mentua

KUALA LUMPUR – Bekas wartawan Melodi terbitan TV3, Muhammad Zamzuri Zaini atau lebih dikenali dengan panggilan Ayau
meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi tadi.

Bekas isterinya, Alita Aris, berkata, Allahyarham ketika itu berada di Masjid Al Muhajideen, Damansara Utama bagi menunggu jenazah ibu mentuanya untuk disolatkan.

Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 50 tahun tiba-tiba rebah dipercayai akibat serangan jantung sebelum dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara.

“Kami membawanya ke Hospital KPJ Damansara, dan doktor sudah cuba menyelamatkannya selama lebih kurang 20 minit, tetapi gagal.

“Doktor percaya jantung Ayau sudah berhenti ketika di masjid lagi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Tambah Alita yang baharu menyelesaikan pengebumian ibunya, jenazah akan dibawa ke Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Ampang.

Show More

Related Articles

Back to top button