Berita SemasaSukan

Faisal Halim mahu kembali beraksi – Hannah Yeoh

SHAH ALAM – Pemain Selangor FC, Faisal Halim kini menjalani rawatan fisioterapi dan diharap dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keadaan kesihatan pemain Harimau Malaya itu semakin baik selepas menjalani pembedahan ketiga dan sangat positif tentang keadaan dirinya.

“Beliau kelihatan cergas dan teruja tentang fisioterapi kerana ingin kembali beraksi,” menurut laporan Sinar Harian Online hari ini.

Dalam pada itu, Hannah berkata, Institut Sukan Negara (ISN) kini bekerjasama dengan doktor yang merawat Faisal bagi memastikan perkembangan kesihatan selepas pembedahan anak jati Pulau Pinang itu berada pada landasan yang betul.

“Kita kena rujuk dengan doktor kadar kesembuhan dan doktor agak yakin Faisal sangat positif tentang diri sendiri.

“Ada atlet yang mungkin sedih dan merasakan tidak dapat melakukannya lagi, tetapi Faisal berbeza,” katanya lagi.

Pada 5 Mei, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Show More

Related Articles

Back to top button