Jenayah & Mahkamah

Abaikan jika terima mesej Whatsapp guna gambar profil Ketua Polis Melaka

MELAKA – Orang ramai dinasihatkan supaya mengabaikan sebarang pesanan mesej menerusi aplikasi Whatsapp yang menggunakan gambar profil Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah.

Hantaran di akaun di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri memaklumkan, pihaknya mengesan hantaran itu dilakukan sejak Jumaat lepas.

Katanya, suspek turut dikesan menghantar pesanan ringkas menggunakan nombor telefon 018-2066726.

Perkara itu terbongkar apabila kenalan Zainol yang turut menerima pesanan ringkas berkenaan segera menyemak dengan beliau bagi mendapatkan pengesahan.

“Pohon kerjasama kepada mana-mana individu yang menerima pesanan ringkas daripada nombor yang menggunakan gambar Ketua Polis Melaka untuk mengabaikan pesanan terbabit,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan beberapa tangkap layar dikongsikan antara lain kandungan pesanan ringkas itu menyatakan akan mewujudkan kumpulan WhatsApp baharu berkaitan info kesihatan Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button