Berita SemasaHiburanSukan

Cody Rhodes, Logan Paul rebut gelaran WWE King and Queen of the Ring

STAMFORD – Juara ‘Undisputed WWE Universal’, Cody Rhodes, akan berdepan dengan Juara Amerika Syarikat, Logan Paul, dalam acara ‘WWE King and Queen of the Ring’ yang bakal berlangsung pada 26 Mei 2024.

Pertarungan itu bakal menjadi perlawanan penuh aksi dengan menyaksikan juara melawan juara.

Cody Rhodes telah mencatatkan namanya dalam sejarah WWE dengan kejayaan yang luar biasa apabila beliau menjadi Juara ‘Undisputed WWE Universal’ baru-baru ini.

Setelah beliau mengakhiri kisahnya dengan mengalahkan Roman Reigns di WrestleMania 40, Rhodes juga mengalahkan AJ Styles dalam acara Backlash France.

Dalam pada itu, ahli gusti dan selebriti media sosial sensasi, Logan Paul berkata beliau mengakui dirinya adalah watak utama dalam kejayaan WWE yang baharu.

Paul mencabar Rhodes dengan berkata, kejayaan WWE tersebut merupakan hasil usahanya dan bukan Rhodes.

Sehubungan itu, kedua- dua juara itu akan berentap dalam gelanggang untuk membuktikan siapa juara sebenar.

Sementara itu, Pengurus Besar SmackDown, Nick Aldis, mengumumkan pertarungan tersebut akan berlangsung di Jeddah Superdome, Jeddah, Arab Saudi.

Show More

Related Articles

Back to top button