
YDP Dewan Negara meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, mendiang disahkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.46 pagi tadi.
Mendiang dimasukkan ke pusat tersebut sejak 6 Mei lalu, setibanya di Malaysia dari Azerbaijan untuk lawatan kerja rasmi.
Maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan mendiang akan dimaklumkan kemudian.
Menurut kenyataan itu lagi, keluarga mendiang turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan.
Mereka turut menghargai ruang masa yang diberikan dalam menghadapi masa yang sukar ini.
Mendiang Mutang Tagal,70, telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 dan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Februari 2024.
Mendiang adalah Orang Ulu yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak dari tahun 1982 hingga 1990, dan mempunyai latar belakang pendidikan dan berkhidmat dalam bidang perundangan.
Pemergian beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |