Pusat hiburan terbakar, dipercayai dibaling bom petrol
KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di sini, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol, awal pagi semalam.
Berdasarkan satu satu video yang menjadi tular di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada pukul 2.18 pagi, 9 Mei (awal pagi semalam).
Rakaman itu menunjukkan, empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit lalu membaling objek dipercayai dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat yang turut tular di media sosial pula menunjukkan premis berkenaan terbakar dengan terdapat orang awam membantu memadamkan kebakaran.
Sementara itu, laporan portal Buletin TV3 memberitahu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
“Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.
“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat,” katanya lagi.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune