PM X

PM mahu Malaysia punyai ekosistem mantap bagi memacu perkembangan AI

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bergerak pantas dalam membina ekosistem bagi memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) pada era pasca normal ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau melihat antara cabaran buat negara adalah kesungguhan untuk meneroka pemikiran baharu seterusnya melaksanakannya dengan pantas.

“Saya tegaskan kita tidak boleh dengan pendekatan lama. Kalau kita rasa perlu tambah jurutera harus ada pendekatan segera kerana dalam pasca normal ini, memaksa dan menuntut kita membuat perubahan dengan pantas dan cepat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS 2024) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Dalam pada itu, Anwar turut menggariskan empat teras ekosistem berkenaan iaitu tadbir urus AI (AI governance) untuk memastikan ekosistem inovasi AI yang sistematik.

Jelas beliau, pemangkin AI melalui Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) juga penting bagi memastikan penyelarasan dalam bidang pendidikan, pembangunan dan aplikasi AI.

Selain itu, pembangunan industri AI melalui kerjasama dengan syarikat multinasional dan keempat, bakat AI yang merangkumi profesional dan inividu berkemahiran melalui program pendidikan dan latihan serta kerjasama industri dengan ahli akademik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button