Berita Semasa

KPM sedia timbang cadangan ubah tarikh umum keputusan SPM 2023

TAIPING – Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menimbang cadangan mengubah tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, perkara itu akan dibincangkan pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Seperti yang saya kata, kerajaan ini merupakan kerajaan yang sudi mendengar. Apabila kita menerima pandangan yang berbeza daripada semua sektor maka pihak KPM akan mempertimbangkan semua pandangan tersebut.

“Beri kami sedikit masa sebelum satu keputusan atau kenyataan media berkaitan dengan isu ini dapat dibuat nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan di SABK Maahad Al-Khair Lil Banat, di sini hari ini.

Semalam, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan peperiksaan SPM 2023 yang membabitkan 395,870 calon akan diumumkan pada 27 Mei ini bermula 10 pagi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon dalam satu kenyataan merayu supaya keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal (23 Mei) memandangkan tarikh rasmi dikeluarkan KPM itu merupakan cuti sekolah.

Show More

Related Articles

Back to top button