Berita Semasa

Proses perolehan LMS antara Malaysia, Turkiye belum dimuktamadkan – Menteri Pertahanan

CYBERJAYA – Malaysia dan Turkiye masih dalam proses memuktamadkan perbincangan berkaitan perolehan kapal misi pesisir (LMS).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, LMS penting kerana ia merupakan salah satu kapal digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Insya-Allah kita sedang mengkaji perolehan LMS, adalah penting bagi negara untuk memilikinya (LMS). Kita sedang bincang dengan Turkiye,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan hab operasi Turkish Aerospace Malaysia (TUSAS), di sini hari ini.

Sebelum ini, portal berita Bernama melaporkan syarikat pembinaan kapal Turkiye, Turkiye Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) optimis untuk memeterai perjanjian membekalkan LMS kelompok kedua jenis korvet kelas-Ada kepada TLDM.

Pengurus Besar STM Ozgur Guleryuz berkata setakat ini perbincangan dengan TLDM dan Kementerian Pertahanan berkaitan hal itu selama hampir dua tahun berjalan lancar.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut percaya bahawa Malaysia dan Turkiye boleh meneroka kerjasama bukan sahaja dalam bentuk pesawat malah komponennya juga dalam projek pembangunan pesawat pejuang generasi kelima, KAAN, yang dijemput Turkiye sebagai rakan kongsi.

“Kita beruntung apabila Malaysia mempunyai TUSAS Malaysia Sdn Bhd sebagai rakan dan TUSAS kita tahu, dia ada macam-macam, dia hasilkan helikopter, jet pejuang, jet tempur, satelit dan ada macam-macam lagi. Kita percaya akan mampu untuk meneroka pelbagai bidang kerjasama,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button