Sukan

Perlawanan Piala Sumbangsih dibatalkan, JDT diberi 3 mata – MFL

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata bagi perlawanan Liga Super susulan keputusan Selangor FC untuk menarik diri daripada meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih esok.

Menurut Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan, sehubungan keputusan Selangor FC itu perlawanan tersebut juga terpaksa dibatalkan selepas pasukan itu membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan itu.

“Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Semalam Selangor FC mengesahkan menarik diri daripada meneruskan perlawanan itu susulan terdapat ancaman keselamatan melibatkan pemain dan pegawai pasukan itu.

Ia susulan insiden simbahan asid terhadap Fasial Halim sehingga menyebabkan kecederaan serius kepada pemain itu.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button