Berita Semasa

Selangor FC boikot, tidak hadir Piala Sumbangsih

KUALA LUMPUR – Selangor FC mengambil keputusan mengejut untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Keputusan itu diambil setelah penelitian dijalankan dan perbicangan terperinci dengan pelbagai pihak berikutan susulan insiden jenayah melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh hanya 72 jam.

“Berdasarkan keadaan semasa yang tidak menentu, kami di Selangor FC menegaskan keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan kami memandang serius akan segala bentuk keganasan serta ancaman serta tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan pasukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button