Berita Semasa

Laporan awal nahas pesawat TUDM diumum esok

PUTRAJAYA – Laporan interim mengenai nahas dua helikopter Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada 23 April lalu akan diterbitkan esok.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam satu sidang media esok.

“Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, Menteri Pertahanan sudah memberi maklum balas mengenai status laporan awal siasatan nahas helikopter (TLDM) di Lumut.

“Menteri Pertahanan turut memaklumkan kabinet laporan penuh nahas itu akan disiapkan dalam dua atau tiga minggu lagi,” katanya pada sidang media hari ini.

Nahas dua helikopter milik TUDM (TLDM) pada bulan lalu mengorbankan 10 anggota selepas bertembung di udara semasa mengadakan latihan sempena Sambutan Hari TLDM ke 90.

Show More

Related Articles

Back to top button