Berita Semasa

Faisal Halim sudah mula makan, lakukan latihan ringan – FAS

SHAH ALAM – Pemain Selangor FC, Faisal Halim yang selamat menjalani satu lagi pembedahan petang semalam sudah dibenarkan untuk menjamah makanan.

Malah, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pemain Harimau Malaya itu juga bersemangat untuk mencuba melakukan latihan ringan sendiri pagi tadi.

“Saya difahamkan semasa melawat bersama Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Emir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Faisal sudah boleh makan dan sudah bersemangat untuk melakukan latihan sendiri.

“Ini sesuatu yang membanggakan kerana dia sangat kuat.” katanya.

Terdahulu Raja Muda Selangor mencemar duli menziarahi Faisal di hospital sejak kejadian disimbah asid Ahad lalu.

Faisal yang cedera tahap empat selepas disimbah asid sedang menerima rawatan pakar di sebuah hospital di sini.

Selepas menjalani pembedahan petang semalam, keadaan anak jati Pulau Pinang itu makin stabil dan positif.

Show More

Related Articles

Back to top button