Berita Semasa

Tragedi kepala air Maksina: 6 dikhuatiri maut, 2 cedera

LAHAD DATU – Enam orang dikhuatiri lemas manakala dua lagi cedera selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sembilan lagi mangsa selamat dan berjaya dibawa keluar.

“Pihak bomba bergegas ke lokasi dan dibantu dengan agensi lain polis,pertahanan awam dan Jabatan Perhutanan di mana seramai sembilan orang mangsa berjaya dibawa keluar iaitu enam lelaki dan tiga perempuan pada jam 12 tengah malam.

“Dua orang lagi cedera dan dirawat oleh pasukan EMRS sebelum diserah kepada pihak polis untuk proses seterusnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu katanya, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 minit malam melalui sistem 999 melibatkan sekumpulan hikers yang terperangkap di Sungai Maksina akibat banjir kilat ataupun kepala air.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button