Perak setuju bekal air ke Pulau Pinang – PM
GEORGETOWN – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah bersetuju untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dari Sungai Perak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fasa pertama bekalan air tersebut akan meliputi kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap.
“Kerana kebimbangan terutamanya di kawasan Nibong Tebal tentang bekalan air, dengan hubungan yang lebih baik dengan Kedah mudah-mudahan boleh dirunding dengan lebih profesional, tentang keperluan bekerjasama Kedah daripada soal air.
“Kita menerima baik kerana Tuanku Sultan Perak serta kerajaan Perak bersetuju untuk membekalkan bekalan air dari Sungai Perak melalui Industri Hijau Kerian, sekurang-kurangnya ke Seberang Perai,” memetik laporan sinar online.
Anwar di dalam ucapannya turut memaklumkan fasa pertama bekalan air akan ke Seberang Perai termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap
Manakala pada Januari lalu, Saarani berkata, Projek Air Perak Pulau Pinang dijangka tidak dapat dilakukan tahun ini kerana perlu menunggu peruntukan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Kerian, Perak selain menyelesaikan terlebih dahulu proses berkaitan bekalan air terawat antara kedua-dua negeri.
Bagaimanapun, Anwar ketika lawatan ke Pulau Pinang pada 16 Februari lalu pula memberitahu, Kerajaan Persekutuan akan menyegerakan projek Air Perak Pulau Pinang selepas mengumumkan untuk membangunkan Kerian Hi-Tech, yang turut akan membawa limpahan pelaburan dan pembangunan ekonomi ke SPS termasuk di Sungai Acheh.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune