Berita Semasa

MCMC tambah baik kemudahan internet Kampung Orang Asli Kerling

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi Pejabat MCMC Negeri Selangor telah membuat tinjauan ke menara Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Kampung Orang Asli Kerling, Selangor petang semalam.

Tinjauan yang diketuai Bukhari Yahya, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri MCMC adalah bagi melihat kemajuan pelaksanaan di menara berkenaan.

“Menara berkenaan telah siap pada tahun lalu dan kini dalam proses sambungan rangkaian gentian optik ke menara sebelum boleh diaktifkan. Sambungan rangkaian optik ini dijangka siap pada suku pertama tahun hadapan,” kata MCMC dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC berkata, memandangkan terdapat keperluan kepada perkhidmatan telekomunikasi di perkampungan Orang Asli ini, MCMC telah mengambil inisiatif untuk menjalankan Proof of Concept (POC) Starlink sebagai alternatif kepada gentian optik sebagai sambungan teras kepada menara Kampung Orang Asli Kerling.

Katanya, melalui POC ini, menara Kampung Orang Asli Kerling akan diaktifkan bermula 8 Mei tahun ini dengan menawarkan perkhidmatan telekomunikasi daripada tiga syarikat telco utama iaitu CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

“Perkhidmatan telekomunikasi ini akan memudahkan urusan harian penduduk bagi tujuan komunikasi, pendidikan dan lain-lain,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button