Jenayah & Mahkamah

Lelaki bunuh isteri, kerat dan agih anggota badan kepada jiran

JAKARTA – Seorang penjual kambing ditahan pihak berkuasa selepas membunuh dan mengerat anggota badan isterinya sebelum menawarkan jiran-jirannya untuk membelinya.

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu berlaku di Kampung Cisontrol, Kabupaten Ciamis, Jawa Barat pada Jumaat lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Tarsum, 41, tahun disyaki membunuh isterinya, Yanti, 40 selepas mengalami tekanan akibat kesempitan wang.

Saksi, Yoyo Tarya yang merupakan ketua kampung suspek berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas mendengar laungan suara Tarsum seperti orang kurang siuman.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku ketika itu tetapi saya mendengar suspek seperti tidak waras.

“Dia juga memindahkan beberapa anggota badan mangsa dengan kesan darah penuh di badan,” katanya.

Katanya, suspek kemudian menawarkan daging mangsa yang sudah dikerat-kerat dan dihimpun beralas guni kepada jiran-jiran.

Tarsum ditahan oleh polis selepas penduduk kampung melaporkan kejadian.

 

Show More

Related Articles

Back to top button