Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Remaja bakar kucing mengaku bersalah

KAJANG – Salah seorang daripada tiga lelaki yang membakar kucing secara hidup-hidup di tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh yang berusia 13 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamade Faiz.

Remaja tersebut didakwa secara kejamnya menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan berkenaan pada pukul 1.08 petang, 22 April lalulu.

Dia didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas mengikut 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh didenda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar memohon jaminan RM10,000 berikutan kesalahan itu membabitkan penganiayaan haiwan dan berkepentingan awam.

Sementara itu, ibu pesalah juvana itu berusia 30 tahun dalam rayuannya memohon ikat jamin dikurangkan berikutan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai pekerja kilang di sebuah syarikat elektronik dan berstatus ibu tunggal.

Tindakan tiga individu membakar seekor kucin g berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di pangsapuri berkenaan sebelum ditular oleh Persatuan Haiwan Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button