Berita SemasaPM X

PM janji tidak abai rakyat Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan tidak pernah meminggirkan Kelantan dalam perancangan pembangunan negara malah komited dalam penyediaan kemudahan asas dan usaha membasmi kemiskinan rakayat negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala permasalahan yang dihadapi rakyat negeri itu sedang cuba diselesaikan oleh Kerajaan Pusat.

“Kerajaan persekutuan tidak pernah mengabaikan membantu mana-mana kerajaan negeri.

“Perkara itu saya bangkitkan sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Kelantan yang buat kali pertama dipengerusikan saya dalam membincangkan penyelesaian isu-isu pembangunan di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan sempena Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong.

Anwar berkata, dalam pelaksanaan pembangunan di negeri itu, beliau sependapat dengan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang mengingatkan bahawa pergeseran politik antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat tidak membawa keuntungan kepada rakyat negeri itu.

Sebaliknya kata beliau, rakyat di negeri itu perlu mendapat manfaat dari program yang telah dirancang oleh kerajaan, baik secara jangka pendek mahupun jangka panjang.

Bahkan Kelantan katanya, telah diberikan jumlah peruntukan yang banyak untuk projek tebatan banjir, pembekalan air dan juga perhatian dalam aspek pendidikan.

“Itu termasuklah pembinaan maahad tahfiz yang baharu.

“Sebelum pulang ke ibu kota, saya ulangi pesanan, bahawa Kerajaan MADANI akan lakukan sebaiknya supaya Kelantan dapat membangun bersama-sama negeri lain, Insya-Allah,’’ katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button