Berita Semasa

ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan dalam perut

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kerana mengalami keradangan dalam perut.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff yang juga ADUN Sungai Dua berkata, beliau dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.

“Saya dimaklumkan beliau mengalami sakit perut dan telah ke Hospital Sungai Bakap dua hari lepas namun dibawa ke HSJ pada hari yang sama untuk rawatan lanjut.

“Nor Zamri ketika ini menerima rawatan di ICU dan ditidurkan, saya difahamkan ketika ini masih belum boleh melawat dan mendapatkan maklumat keadaan kesihatan beliau dari ahli keluarganya dari semasa ke semasa,” katanya memetik laporan Bernama

Nor Zambri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas atas tiket Perikatan Nasional (PN) menentang calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.

Show More

Related Articles

Back to top button