Berita Semasa

YDPA, Permaisuri ucap Hari Pekerja kepada semua

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja di negara ini.

Seri Paduka Baginda berdua bertitah, warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.

“Terima kasih di atas usaha, komitmen dan pengorbanan anda. Tanpa penat lelah setiap lapisan para pekerja, kemajuan takkan tercapai.

“Selamat Hari Pekerja!,” titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun merupakan tanda sambutan hari menghargai pekerja dengan tema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’.

Show More

Related Articles

Back to top button